Suapan:
Kiriman
Komentar

RAMADHAN MENUJU TAQWA

Bulan Ramadan sekali lagi tiba kepada kita dengan penuh keberkatan, rahmat, keampunan dan ganjaran menuju balasan baik dan keredhaan Tuhan yang menciptakan kita. PEMBINA mengucapkan kepada sekelian rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam seluruh dunia amnya selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan kearah menuju taqwa dan keredhaan Allah swt.

Di dalam bulan ini diwajibkan berpuasa sejak Tahun 2 Hijrah. Ramadan adalah bulan puasa yang merupakan tanda ketaqwaan dan perisai bagi kaum yang beriman. Ia adalah bulan Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt yang menerangkan kepada manusia erti petunjuk dan dengannya dibezakan diantara kebenaran dengan kebatilan. Di dalam bulan Ramadan, dilipatgandakan pahala setiap amalan kita, diringankan jiwa dan anggota kita untuk beribadat kepadanya. Kesemua ini adalah ke arah menjadikan kita insan bertaqwa, mengerjakan apa yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dilarangNya.

Teruskan pembacaan »

Suatu Perkembangan Yang Membahayakan Umat Islam

Suatu pengaruh dan fahaman yang merosakkan umat Islam ialah menularnya fahaman sekular dalam masyarakat Islam. Pengaruh sekularisma ke atas negara-negara Islam dikatakan bermula dari abad ke 18M hinggalah ke abad ini.

Suatu contoh yang jelas di zaman moden ini ialah apa yang telah berlaku kepada Daulah ‘Othmaniyyah Turki di mana telah diadakan pembaharuan undang-undang dengan memasukkan undang-undang yang bukan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Teruskan pembacaan »

Di Bawah Naungan Allah

Adalah suatu yang amat bernilai bahkan barangan yang jarang ditemui jika anda menjadi seorang sahabat kepada seseorang yang hanya diikat dengan ikatan akhirat, bukan ikatan dunia, ikatan syurga bukan manfaat. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabda baginda:

 

رجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه.

Maksudnya: “Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.”

Bahkan Rasulullah saw menjadikan sahabat yang salih sebagai hadiah pemberian dan tanda yang menunjukkan Allah kasih kepada seseorang hamba. Sabda Rasulullah saw:

إذا أحب الله عبدا رزقه الله أخا صالحا. إن ذكر الله أعانه، وإن نسي ذكره.

Maksudnya: “Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya.”

Kami membisikkan ke telinga anda, sama ada anda suka untuk berada di bawah naungan arasyh Allah atau anda ingin membawa tanda yang menunjukkan kecintaan Allah terhadap anda.

  Teruskan pembacaan »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.